Manfaat PUERARIA MIRIFICA bagi Kesehatan Tubuh

Manfaat PUERARIA MIRIFICA bagi Kesehatan Tubuh kita antara lain untuk :
  1. Menambah kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar libido (ketahanan).
  2. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  3. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudah menopaus dan osteophorosis.
  4. Mencegah penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi.
Akibat dari penurunan tahap kolagen dan serangan radikal bebas melemahkan dan mengurai serat kolagen di dalam epidermis. Pengurangan proteoglikan juga telah mengakibatkan serat kolagen jadi tidak sekata dan terganggu. Ini mengakibatkan kulit hilang keanjalan dan struktur kulit terjejas menyebabkan keadaan kulit jadi melendut dan garis-garis serta kedutan akan terbentuk.

Peningkatan kadar hormon estrogen akan menggalakkan peningkatan proteoglikan supaya dapat mengekalkan kalgen dalam susunan yang sekata, ini menjadikan keadaan kulit kembali anjal dan dapat menghilangkan garis-garis halus dan kedutan. Sebanyak 75% daripada tisu kulit manusia terdiri daripada kolagen yang penting untuk mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit. Kolagen berperanan besar dalam menjadikan kulit licin, anjal dan berseri, seperti semasa kulit kita di usia remaja.

Namun, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Masalah kulit kering, tidak bermaya, berkedut, dan melendut, keguguran rambut dan tidak bermaya, kuku yang lemah dan mudah rapuh, adalah disebabkan oleh pengurangan tahap kolagen dalam badan.

Penurunan kolagen juga menyebabkan kehilangan jisim badan tanpa lemak yang mengakibatkan penurunan metabolisma badan, maka peningkatan berat badan tanpa peningkatan di dalam pengambilan makanan akan terjadi. Semua ini disebabkan oleh kemerosotan tahap hormon di dalam badan.

Akibat dari kemerosotan dan kekurangan penghasilan kadar estrogen di dalam badan kerana semakin meningkatnya usia, akan merubah bentuk badan seseorang wanita. Selain dari faktor usia, melahirkan anak dan cara pemakanan juga menjadi antara penyebab utama kepada perubahan bentuk badan manusia. 


Manfaat PUERARIA MIRIFICA bagi Kesehatan Tubuh

Tidak ada komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama